Ketika wanita itu menangis seorang diri,dia hanya berusaha menjadi kuat dan terus ketawa agar kelihatan gembira...tetapi,di dalam hatinya ingin berteman dan meminta agar kamu memujuknya.
Ketika wanita itu berpura-pura kuat....mampu berdikari. Di dalam hatinya,meminta agar kamu menemani dia agar dia betul-betul kuat menghadapi semua dugaan ini.
Ketika wanita itu menghadapi masalah...dia berpura-pura mampu mengawal segala-segalanya..sedangkan dia perlukan perhatian kamu untuk mendengar masalah dia.
Ketika wanita itu shopping seorang diri...dia perlukan kamu memberikan pendapat dari sudut pemerhatian kamu..kerna,dia ingin sentiasa kelihatan cantik untuk kamu..
Ketika wanita itu menghadapi masalah kewangan...dia hanya akan mendiamkan diri...tanpa meminta satu sen dari kamu..kerna fikirkan adakah gaji kamu cukup untuk bulan ini.
Ketika wanita itu mendapat berita gembira...hanya kamu dimatanya...cepat-cepat menghantar sms untuk memberitahu kamu,tetapi akhirnya dia terus simpan sms itu di draft box sahaja.
Ketika wanita itu menghadiri majlis perkahwinan kawan-kawan...dia hanya membayangkan kamu menjadi raja dihatinya...Terus berdoa agar hubungan ini berjaya sampai ke jinjang pelamin. Tapi,hanya dia dan Allah je yang mengetahuinya...
Ketika wanita itu melihat seseorang cuba menackle kamu,dia hilang kewarasan diri seketika..bagaikan kanak-kanak berebut barang mainan...walaupun cuba mengawal diri...tapi,siang dan malam tidak dapat tidur..bukan kerana tidak percayakan kamu...tapi,takut kehilangan kamu..
Ketika wanita itu tahu kamu sakit...tak putus-putus dia berfikir tentang kamu...walaupun sakit,masih lagi pergi kerja....dan mengharap kamu menjaga kesihatan diri kamu...tapi,dia tidak mampu melihat kamu sepanjang masa.
Ketika wanita itu jatuh sakit...cepat-cepat dia sms kamu..mengharap kata-kata yang boleh mengembirakan hati dia...seolah-olah menjadi ubat untuk lebih sihat...tapi...wanita itu dah besar,pandai-pandai la jaga diri sendiri.
Ketika wanita itu membuat salah kepada kamu....dia malu untuk meminta maaf...masih lagi mencari salah kamu tanpa peduli...dia akan kehilangan kamu..tapi di sudut hatinya...Maafkan aku...Sambil menangis walaupun kamu tidak tahu...Wanita itu sentiasa akan memperbaiki dirinya untuk kamu.
Ketika wanita itu diberitahu bahawa kamu ingin bertemu dengannya...habis dipunggah satu almari mencari baju mana yang sesuai ketika berjumpa dengan kamu...mencari warna kesukaan kamu...get ready awal-awal...malam pulak dia tak boleh tido kerana excited nak jumpa kamu...tapi, bile berjumpa...wanita itu buek bodoh je...pura-pura siap lambat konon tak nak tunjuk sangat.
Ketika hari lahir wanita itu sama dengan hari lahir kamu...dia sudah fikir seminggu sebelum itu untuk membelikan hadiah kepada kamu...mencari barang kesukaan kamu. Tetapi,akhirnya...dia tidak beli apa-apa...sebab takut hadiah yang dibeli,kamu tak suka...
Ketika hari lahir wanita itu sama dengan hari lahir kamu...dia tidak memerlukan apa-apa hadiah dari kamu...sedangkan hadiah yang diberi oleh kamu sebelum ini pun tidak diusik...kerna bimbang rosak..
Ketika wanita itu menanti kamu sepanjang masa..terus menanti kamu walaupun terasa letih...tetapi,dia tetap menunggu kamu...sentiasa membuka ruang untuk kamu kembali padanya.
Ketika wanita itu sayang dan cinta pada kamu...hanya hati yang diberikan kepada kamu... walaupun dia bukan wanita yang sempurna...tetapi...dia berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk kamu. Tetapi wanita itu tidak pernah lupa harga diri seorang wanita.
Wanita itu tempatnya di hati kamu....di sebalik kejayaan seseorang wanita itu...disisinya ada kamu. Hargailah wanita itu,begitu juga wanita itu akan menghargai kamu...Itu janji dia selagi dia di hati kamu.
yess right!! ak mengambil masa sebulan tau nk bg hadiah birthday dia.. mcm2 buat.. bg cupcakes special la etc...tapi...
ReplyDeletesemua itu pengajaran utk kita lebih berhati2 dan mengenal hidup..
itu lah wanita...
ReplyDeleteterbaek
ReplyDelete