Powered By Blogger

Tuesday, July 12, 2011

Hijrah Hidup

“ Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah,
Dan Nabi Muhamad itu pesuruh Allah “
Alhamdullillah...


Ketika mengucapkan dua kalimah syahadah,
Bergetar-getar jantungku,
Terasa begitu indah dan damai,
Kesedaran meresap di lubuk hati,
Terasa begitu kuat...
Tersenyum gembira...
Ya Allah...Kau kurniakan aku nikmat yang tidak terhingga.


Terpesona akan keindahan Islam,
Walaupun jatuh beribu-ribu kali,
Namun, aku tetap gagah bangun,
Kerna aku sedar itu adalah dugaan dan ujian...
Alhamdulillah Ya Allah...Kau mendekatkan diri aku kepadaMu,
Apakah lagi yang paling indah?
Kerna aku tahu, Kau senantiasa berada bersama aku.


Ya Allah...Ya Tuhanku,
Jika aku jauh daripadaMu....
Segerakanlah Kau menyedarkan aku supaya aku tidak lagi jauh.
Jika aku bongkak dan sombong...
Segerakanlah Kau mengembalikan aku ke landasanMu.
Jika aku tersesat...
Berikanlah aku cahaya yang dapat menerangi jalan hidupku.
Jika aku menghampiri maksiat...
Segerakanlah Kau memberikan hidayah kepadaku agar aku tidak terjerumus.
Jika aku lalai dan alpa...
Bangunkanlah aku dengan segera agar aku ingat asal usulku...
Jika aku ingin berteman...
Kau kurniakanlah seseorang yang mencintai agamaMu,
Agar aku semakin mencintai agamaku...
Bantulah aku dalam hijrah hidupku ini...Ya Allah,
Sesungguhnya aku hanya berlindung kepada Allah dari semua kejahatan dan keburukan.









Tuesday, July 5, 2011

Lepaskan

Termenung seketika..
Perlukah ditinggalkan apa yang disayang...
Perlukah dilupakan segala kenangan...
Perlukah menanggung segala beban...
Walaupun berat nak melepaskan...
Tapi...itulah yang terbaik.


Kadang-kadang ingin memberi harapan,
Kerana hati ini...
Tidak pernah berubah walaupun hilang...
Perasaan tetap sama...
Masih merindu dan menyintai,
Tapi...itu hanyalah bayangan.


Kenapa namamu diikat dihatiku,
Walaupun aku biarkan kau pergi,
Tapi, aku masih memandangmu dari jauh...
Masih mengejar bayanganmu walaupun dalam gelap...
Walaupun ku tahu...
Kau bukan milikku lagi.


Alangkah bagusnya jika kau...
Menjadi penyeri hidupku,
Akan aku cuba bahagiakan kamu...
Menjadi suri dihatimu...
Namun,bila ku toleh...
Kau hilang dan tidak akan kembali.


Walaupun kau bukan yang pertama di dalam hidupku...
Ingin ku jadikan kau yang terakhir,
Tapi, apakah daya..
Jika angin sudah berbeza...
Dipaksa-paksa..
Bimbang taufan pula melanda.


Biarkanlah ia berlalu sahaja...
Walaupun melepaskan kamu satu derita..
Tapi,cukuplah setakat ini sahaja..
Asalkan aku tahu kamu akan bahagia..
Aku boleh tersenyum semula..
Maafkan aku...




Sunday, July 3, 2011

Apa yang ada


Detik berlalu tanpa menyedari,
Apa yang telah kita hadapi...
Apa yang akan bakal kita tempuhi...
Namun,kita tetap meneruskan perjalanan,
Biarpun muka ditutup...
Tapi nafas akan bergerak pantas.

Biarpun rasa takut...
Tidak mahu diri ini menjadi kerdil..
Teruskanlah perjalanan kamu wahai sayangku,
Laluilah jalan ketakutan itu dengan gagah..
Janganlah kau gusar...
Pasti ada jaring penyelamat di hadapan...
Jika kau menapak di jalan yang benar.


Biarpun menghidu bahagia itu jarang-jarang ada,
Tapi,itulah yang menjadikan kamu insan yang tabah....
Bukankah itu sudah cukup bermakna...
Biar apa yang akan dikata...
Janganlah lagi terus menjadi hamba,
Kerana dirimu ibarat permata...


Disusun atur....
Cantik dan indah,
Walaupun disulami air mata...
Tapi tetap ada ketawa dan senyuman...
Janganlah dikesali apa yang tidak ada,
Janganlah lagi terlampau meminta,
Biarlah ia berlalu...