Powered By Blogger

Sunday, May 15, 2011

Selepas Senja

Langit mula bercampur warna..
Burung layang-layang terbang hendak kemana?
Orang ramai riuh rendah dan ketawa...
Tiada lagi pengemis yang melata,
Aku tetap ada disini...
Namun, terus membisu,
Hanya memandang bersahaja.

Bulan kian senyum...
Adakah senyum padaku?
Terdengar bisikan manja...
Jangan lagi menangis sayangku,
Ini sapu tangannya,
Ada kesan mutiara di matamu,
Ingat...ia amat berharga,tahu.

Aku bangun dari kerusi.
Melangkah sayu tanpa sedar...
Aku mahu kemana?
Mendongak ke langit melihat bintang-bintang.
Mataku terbuka tetapi sebenarnya buta...
Senyum tidak lagi berisi...
Siapakah kita kalau tidak sama?
Hingga aku bertemu lagi,
Sayonara..

No comments:

Post a Comment