Salam perkenalan yang termaktub antara kita,
Aku ingin mengenali kamu,
Walaupun kita berbeza,
Pasti ada yang sama,
Terus-menerus ku mencari,
Diri kamu yang sebenarnya...
Terima Kasih....
Di saat kau tersenyum,
Aku turut gembira,
Di saat kau memberi,
Aku juga menerima,
Dengan hati berbunga-bunga,
Aku ucapkan terima kasih.
Maafkan aku,
Di kala aku menguris hatimu,
Izinkan aku memperbaiki diriku,
Agar tidak lagi aku mengecewakan kamu,
Kata-kata ini bukannya sekadar penghias,
Tapi aku bertekad.....
Maafkan aku...
Rindu kamu,
Jarak dekat terasa jauh,
Tapi,kau kekal di hatiku,
Ingin ku lihat senyumanmu,
Ingin ku dengar gelak ketawamu,
Ingin ku lihat kau membebel padaku,
Segala-galanya aku inginkan....
Aku sangat merindui kamu.
Aku sayang kamu,
Bisakah kata ini ditujukan kepada kamu..
Jika benar kamu tidak ada di hatiku,
Tidaklah aku bertahan sebegini,
Tidaklah perkataan ini seringkali muncul,
Walaupun berat mulut ingin diucapkan...
Tapi,ketahuilah bahawa..
Aku amat menyayangi kamu...
No comments:
Post a Comment