Tanpa bintang yang menghiasi dada mu,
Bulan kelihatan samar-samar sahaja,
Aku mendongak ke langit,
Dan tersenyum...
Kau lah peneman aku.
Malam,
Ingin aku berbicara dengan mu,
Hati aku kini indah,
Melihat orang sekeliling bahagia,
Aku juga boleh bahagia..
Kurniaan Allah melimpah ruah,
Rezeki Allah mencurah-curah,
Alhamdulillah...
Malam,
Bisakah kau tahu,
Dahulu aku cukup derita...
Bukan kerana aku disakiti,
Tapi,diri ini yang ingin sengsara,
Kenapa?
Tapi kini,aku melangkah sambil tersenyum,
Kerana diri ini terasa dekat kepada Kamu,
Maha Pencipta....
Malam,
Terasa ingin mengalirkan air mata,
Tanpa keperitan dan kesedihan,
Aku tak akan membina jati diri ini,
Aku akan semakin jauh dari-Nya..
Ya Allah...
Terima Kasih.....
Malam,
Ketahuilah bahawa...Jika ada lagi hari esok,
Aku akan mencari bahagia yang sebenar-benarnya,
Esok dan selamanya....
Kerana aku layak untuk tersenyum bahagia.
No comments:
Post a Comment