Termenung seketika..
Perlukah ditinggalkan apa yang disayang...Perlukah dilupakan segala kenangan...
Perlukah menanggung segala beban...
Walaupun berat nak melepaskan...
Tapi...itulah yang terbaik.
Kadang-kadang ingin memberi harapan,
Kerana hati ini...Tidak pernah berubah walaupun hilang...
Perasaan tetap sama...
Masih merindu dan menyintai,
Tapi...itu hanyalah bayangan.
Walaupun aku biarkan kau pergi,
Tapi, aku masih memandangmu dari jauh...
Masih mengejar bayanganmu walaupun dalam gelap...
Walaupun ku tahu...
Kau bukan milikku lagi.
Alangkah bagusnya jika kau...
Menjadi penyeri hidupku,Akan aku cuba bahagiakan kamu...
Menjadi suri dihatimu...
Namun,bila ku toleh...
Kau hilang dan tidak akan kembali.
Ingin ku jadikan kau yang terakhir,
Tapi, apakah daya..
Jika angin sudah berbeza...
Dipaksa-paksa..
Bimbang taufan pula melanda.
Walaupun melepaskan kamu satu derita..
Tapi,cukuplah setakat ini sahaja..
Asalkan aku tahu kamu akan bahagia..
Aku boleh tersenyum semula..
Maafkan aku...
No comments:
Post a Comment